Tahfiz Al-Quran
Wattarbiyyatul Islamiyah ( Maahad Tahfiz TAQWA ) telah ditubuhkan pada 12 April 2002 . Maahad
Tahfiz TAQWA ini merupakan sebuah institusi pengajian menghafal Al-Quran yang
mengutamakan ingatan hafazan Al-Quran 30 juzuk hingga ke peringkat shahadah.
Nama tahfiz adalah diambil sempena hasil ilham daripada ustaz dan pihak
pengurusan, kemudian dipersetujui oleh semua ahli jawatankuasa dan mencadangkan
sebutan ringkasnya Tahfiz Al Quran
Wattarbiyyatul Islamiyah adalah T =
Tahfiz, A-Q = Al-Quran W-A =
Wattarbiyyatul Islamiyah ( TAQWA )
Maahad Tahfiz TAQWA.
Kedudukan Maahad
Tahfiz TAQWA adalah terletak di No.2 Kampung Teluk Tengah, Jalan Teluk Teduri , 09100
Baling, Kedah Darul Aman. Keluasan Maahad Tahfiz TAQWA ini adalah lebih kurang
1 relung di atas lot No: 2607 Mukim Pulai pada sebidang tanah yang dimiliki
oleh Hj. Mat Shokri Bin Hj. Arifffin yang kemudiannya dilantik sebagai pengarah
/ Mudir Maahad Tahfiz TAQWA. Beliaulah yang telah mengilhamkan dan seterusnya
mengasaskan penubuhan Maahad Tahfiz TAQWA ini.
Maahad Tahfiz TAQWA
telah mendapat sokongan kewangan dan galakan daripada Syarikat Kembara Damai
Travel & Tours (M) Sdn. Bhd. dan Syarikat
Kembara Damai Sdn Bhd. Lembaga pengarahnya terdiri daripada Hj. Mat
Shokri Bin. Hj. Ariffin dan Hjh. Nor Aini Bt. Abd Majid. Sokongan dan galakan
yang diberi oleh pengarah Maahad Tahfiz TAQWA adalah lebih menjurus kepada
pencapaian matlamat dan arah tuju Maahad Tahfiz TAQWA sendiri.
Dengan kedudukan yang strategik dimana terletak
di persekitaran alam semula jadi yang tenang dan mendamaikan, suasana
dikelilingi kolam ikan dan pembagunan landskap yang menarik menampakkan Maahad Tahfiz
TAQWA ini sesuai sekali bagi aktiviti hafazan dan mendalami ilmu agama Islam.

No comments:
Post a Comment