Maklumat Am

Sasaran Pelajar
       Penyertaan pelajar adalah tidak terhad kepada penduduk dinegeri Kedah sahaja, tetapi  terbuka kepada semua pelajar dari negeri-negeri lain di Malaysia dan juga kepada  pelajar dari luar Negara yang berminat dan menepati syarat-syarat yang ditetapkan.
       Asrama disediakan dengan kemudahan asas yang lengkap untuk semua pelajar, oleh itu masalah jauh dari tempat tinggal tidak menjadi soal.
Promosi
       Maahad Tahfiz TAQWA di tubuhkan pada tahun 2002, tetapi masih  ramai  yang belum mengenalinya, maka aktiviti promosi  masih dijalankan dengan giat sekali.
       Aktiviti promosi dijalankan melalui penyediaan pamphlet kepada orang ramai, penampalan poster di tempat-tempat yang strategik dan melalui kenalan-kenalan Ahli jawatankuasa dan ustaz-ustaz sendiri.
       Selain itu kain rentang mengenai Maahad Tahfiz TAQWA juga diletakkan di tempat-tempat yang menjadi perhatian umum untuk terus menarik perhatian masyarakat tentang  kewujudan Maahad Tahfiz TAQWA.
Tenaga Pengajar
        Tenaga pengajar adalah terdiri daripada  para ustaz yang telah bergelar al-hafiz dan mahir dalam hal-hal hafazan Al-Quran.Kesemua ustaz ini mempunyai kelulusan dari institusi-institusi pengajian tinggi agama yang terkemuka di Malaysia. Antara kelulusan  yang mereka miliki adalah seperti  Diploma Tahfiz Al- Quran, Sijil Tauliah MAIK , Shahadah  4 Senawi , Sijil STA dan sebagainya.
         Selain itu kesemua tenaga pengajar  Maahad Tahfiz TAQWA juga mempunyai pengalaman sebagai guru tahfiz di maahad-maahad tahfiz yang lain. Dengan berbekalkan kelulusan  pengalaman  yang mereka miliki, maka kaedah pengajaran yang  dijalankan lebih berkesan.


Perancangan  TAQWA
         Bagi mencapai matlamat dan objektif penubuhannya, pihak pengurusan MaahadTahfiz TAQWA, dari masa ke semasa berusaha untuk menyediakan yang terbaik untuk para pelajar  dari segi kemudahan yang disediakan, program pengajian dan tenaga pengajar berwibawa serta berwawasan.
         Selain itu mata pelajaran yang bersesuaian juga akan ditambah untuk melahirkan penuntut yang bukan sahaja mempunyai pengetahuan tentang ilmu agama tetapi juga  ilmu-ilmu lain yang penting untuk penghidupan harian mereka. Pihak pengurusan Maahad Tahfiz  TAQWA juga berusaha  untuk meningkatkan lagi  jumlah pelajar supaya mencapai  jumlah yang disasarkan.
         Oleh itu aktiviti-aktiviti promosi  akan ditingkatkan lagi untuk memperkenalkan TAQWA di mata masyarakat Malaysia khususnya dan luar Negara amnya.
Kemudahan yang disediakan.
           Seperti pusat-pusat pengajian yang lain, Maahad Tahfiz TAQWA menyediakan pelbagai kemudahan kepada penuntutnya seperti asrama, surau, kelas yang selesa, kantin, perpustakaan, pejabat pentadbiran, dewan masyuarat, bengkel kemahiran hidup , dan tempat riadah yang tenang dan nyaman.
           Selain itu khidmat kaunseling juga disediakan bagi membantu dan memberi bimbingan kepada pelajar yang menghadapi masalah sama ada masaalah kewangan, keluarga, disiplin dan sosial atau tentang pembelajaran harian.

No comments:

Post a Comment